MENGENAI PEMILIK BLOG...


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca blog saya. Di sini sy ingin menceritakan sedikit tentang latar belakang kami sekeluarga. Saya Ahmad Shakur bin Jamaludin, berasal dari Alor Setar dan baru setahun lebih mendirikan rumah tangga dengan kekasih hati saya, Zalina bt Che Manan, berasal dari Selising, Pasir Puteh, Kelantan. Alhamdulillah kami telah mendapat seorang putera pada penghujung tahun lepas yang diberi nama Ahmad Auf bin Ahmad Shakur. Saya bekerja sebagai kakitangan awam sepenuh masa dan baru sahaja menceburi dalam bidang perniagaan online secara part time. Isteri saya suri rumah sepenuh masa dan baru juga berjinak dalam dunia perniagaan tudung online secara part time di rumah. Kami akan cuba mengemaskini blog ini dengan info berkaitan perniagaan yang kami usahakan serta ilmu kewangan yang kami ada walaupun sedikit untuk di kongsi bersama pembaca. Salam ukhwah dari kami...wasalam.

  


Tiada ulasan:

Catat Ulasan